Monday, January 20, 2025

Kacang goreng tepung

Kisahnya sebab ada stok kacang tanah simpan dalam peti sejuk, dulu plan beli untuk masak apa pun tidak ingat daa. Jadinya jumpa lah resepi senang di Facebook, lalu kita gorengkan laa buat kudapan masa duduk-duduk rumah tapi nampaknya sekejap sahaja habis. 

Ini lah dia lepas masak ya, sebenarnya ada 2 balang tapi tunjuk yang separuh ni saja laa sebab makan yang ini dulu XD.


Bahan - bahan:

A

8 sudu makan tepung gandum

3/4 gelas gula pasir (boleh kurangkan kalau tidak suka manis)

1 sudu makan secukup rasa

1 biji bawang putih (dihiris)

2 biji putih telur


B

500g kacang tanah


Cara memasak:

1) Campurkan semua bahan A. Kalau terlalu pekat letak air sikit sahaja, jangan sampai cair.

2) Kemudian masukkan kacang tanah dan gaulkan sehingga sebati.

3) Goreng menggunakan minyak masak penuh. Maksudnya kacang tanah tenggelam dalam minyak.

4) Selepas menguning, angkat dan toskan menggunakan tisu dapur supaya tidak terlalu berminyak dan sejukkan.

5) Kemudian boleh lah simpan dalam balang untuk kudap-kudapan.

Ini lah dia kacang tanah kiterr XD

Selepas dicampurkan bahan A & B


Sedang digoreng! Masa masukkan tu memang akan melekat-lekat tapi kita pisahkan dengan sudu menggoreng. Masa masukkan dalam balang nanti boleh juga pecah-pecahkan sendiri.

Siap masak! Sedang ditoskan ni..masa dia masih panas, kita try kacang goreng tu memang akan rasa dia kurang rangup. Tapi bila dah sejuk rangup jeww, yang penting kena betul-betul kuning dan masak lah.


Selamat mencuba guys! Resepi mudah dan cepat, bahan-bahan pun senang di dapati.