Yang bestnya produk ni dia sekali dengan syringe 5 ml siap-siap, jadi kalau di mana-mana pun mau consume ubat ni mudah je. Yang bestnya lagi, kita consume tu rasa sejuk-sejuk masuk dalam badan. 4 kali consume ubat ni, syukur sis sudah sembuh.
Wednesday, November 29, 2023
Axcel Eviline Forte
Wednesday, November 22, 2023
Masuk Angin
Satu malam yang panjang kalau perut pedih, sakit ulu hati gara-gara masuk angin. Sudah lah demam sebab mau flu, lepas tu hilang selera makan kelmarin tiada selera makan nasi jadi kita ganti dengan bread tapi nampaknya my body masih juga mahukan nasi. Gara-gara tidak makan nasi, perut meragam lah pula.
Dengan baru pindah rumah, tiada persediaan dari segi ubat-ubatan jadi terpaksa lah gosok dan urut dengan minyak kayu putih dengan harapan angin akan keluar. Sekali sampai ke pagi perut meragam, mahu tidak mahu cari alternatif lain. Jadi lah air suam halia + madu. Segelas tidak cukup ya, kena dua gelas baru perut okay sikit. Cuba bayangkan jam 2 pagi minum air suam ni gara-gara perut meragam.
Lepas ni memang akan beringat untuk sediakan ubat-ubat penting di rumah, sudah lah rumah ni jauh sikit dalam hutan. Keluar pun ambil masa juga.
Kena beringat juga jaga masa makan, jangan skip. Susah kalau mau diet ni.
Tuesday, November 21, 2023
Kita Kuat
Tanpa kita sedari, selain diri sendiri tidak dinafikan orang sekeliling kita, yang dekat dengan kita pun struggle dalam meneruskan kehidupan masing-masing. Struggle bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga emosi?
Sebab saya seorang wanita, saya memahami kawan-kawan wanita yang lain macam mana struggle nya menjadi seorang ibu dan at the same time bekerja untuk keluarga. Bertahun-tahun bekerja, pengalaman melihat wanita lain itu mendewasakan. Bukan senang ya perasaan kita pergi bekerja, anak di rumah dengan pengasuh lepas tu balik dari kerja dengan penatnya, kena kita lagi yang urus anak dan urus makan minum suami dan anak-anak.
Orang kata anggap saja lah rutin harian, mereka tidak tanya wanita-wanita itu tidak burnt out? Tidak rasa penat? Ada jaa kawan-kawan luah perasaan bagaimana penatnya dia setiap hari mengatur semuanya di rumah sedangkan husband boleh pergi main game dengan kawan-kawannya. Bagaimana dengan yang tidak tau mau luah dengan siapa?
Dengan keadaan ekonomi sekarang, mau tidak mau kena berkerja juga. Makanya, kalau suami-suami di luar sana kalau baca ni ingat-ingatlah isteri sendiri, tolong-tolong lah juga di rumah. Manjakan lah juga isteri, bagi dia rehat.
Semoga kita semua dapat mengatur dan menghadapi cabaran hidup dengan tenang, life must go on!
Sunday, November 19, 2023
Kopi
Ada satu kajian yang menarik minat saya bila skrub kopi dicampurkan dengan bahan-bahan semula jadi yang lain memang akan memberi kesan kebaikan kepada kulit. Bahan lain yang dicampurkan adalah nutmeg, tepung jagung, red lentil, dan minyak kelapa. Dan kesannya menyebabkan kulit lebih putih dan radiant. Ini dia scientific journalnya,
Dave P, Patel G, Patel D, Patel B, Patel D, Chakraborthy G S, Jani R. Formulation and Evaluation Herbal Face Scrub containing Coffea arabica Linn, Myristica fragrans, And Lens culinaris as an Antioxidant and Antiseptic Activity. International Journal of Drug Delivery Technology. 2022;12(3):1183-1186.
Banyak dah jumpa produk skrub kopi di Shoppee dan Lazada, jadi boleh pilih-pilih kalau mahu try. Pastikan campuran dari bahan semula jadi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.