Satu malam yang panjang kalau perut pedih, sakit ulu hati gara-gara masuk angin. Sudah lah demam sebab mau flu, lepas tu hilang selera makan kelmarin tiada selera makan nasi jadi kita ganti dengan bread tapi nampaknya my body masih juga mahukan nasi. Gara-gara tidak makan nasi, perut meragam lah pula.
Dengan baru pindah rumah, tiada persediaan dari segi ubat-ubatan jadi terpaksa lah gosok dan urut dengan minyak kayu putih dengan harapan angin akan keluar. Sekali sampai ke pagi perut meragam, mahu tidak mahu cari alternatif lain. Jadi lah air suam halia + madu. Segelas tidak cukup ya, kena dua gelas baru perut okay sikit. Cuba bayangkan jam 2 pagi minum air suam ni gara-gara perut meragam.
Lepas ni memang akan beringat untuk sediakan ubat-ubat penting di rumah, sudah lah rumah ni jauh sikit dalam hutan. Keluar pun ambil masa juga.
Kena beringat juga jaga masa makan, jangan skip. Susah kalau mau diet ni.
No comments:
Post a Comment