Thursday, December 21, 2023

Katil Lipat Single Bed

Zaman now banyak tempat healing yang more to nature kan? Kalau di Sabah, memang banyak lah dan cantik-cantik pula tu. Sebab orang zaman now lebih mudah terdedah kepada stress, kepada depression. Atau mungkin dulu kala benda tu tidak diwar-warkan, hanya sekarang orang open untuk sharing penyakit mereka.

Jadinya saya ada jumpa tool yang sangat sesuai untuk sesiapa yang suka healing ni. 

Tadaa, katil lipat single bed guys!

Tool yang sangat convenient untuk yang pergi healing tepi sungai, camping. Boleh guna untuk star gazing malam-malam kan.

Jumpa di Shopee. Boleh tengok review dan harga di sini https://shope.ee/3L0lyuKq4l?share_channel_code=1

Semoga dengan adanya alat begini menjadikan aktiviti healing kita bertambah lancar dan menyenangkan. Rasa boleh 2 3 kali repeat gitcheww.

Semoga bermanfaat.

Wednesday, December 20, 2023

Resepi Batang Buruk Nestum

Resepi ni sangat mudah, cumanya ambil masa sikit di bahagian menggulung kulit popia. So here we go!


Bahan-bahan:

1) Kulit popia - husband beli saiz besar jadi belah empat (4)
2) Putih telur - 1 biji
3) Susu Nespray - secukupnya (bergantung kepada kuantiti batang buruk)
4) Nestum - secukupnya (bergantung kepada kuantiti batang buruk)


Cara membuat:

1) Kulit popia di belah kepada empat (4) bahagian. Kemudian pisahkan sehelai demi sehelai kulit popia.

Kena ada gunting sayur dan chopstick untuk kegunaan menggulung dan menggunting kulit popia


2) Kemudian gulungkan helaian kulit popia secukupnya. Caranya senang sahaja, cuma guna chopstick dan gam dengan putih telur.



Cara menggulung yerr..senang amat


3) Setelah siap digulung, guntingkan kulit popia secara menyerong lebih kurang 3 cm. 

Dah siap digunting


Ni selepas di gulung yaa


Ni juga dah siap digunting


4) Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukupnya, tunggu sehingga panas dan mula la menggoreng kulit popia yang telah digulung tadi. Setelah siap menggoreng, toskan dahulu.

5) Sementara menunggu boleh lah sediakan bahan penggaul pula iaitu susu + nestum. Sediakan secukupnya sahaja laa kemudian gabungkan dalam blender dan blen sampai hancur.

6) Kemudian boleh lah tuangkan pada batang buruk goreng, gaul-gaulkan dan boleh lah masukkan dalam bekas.
Ni lah dia kejadiannya. siap!


Sebungkus kulit popia tu boleh buat dua balang medium dan satu balang small yaa tapinya saya tidak siap sekaligus. Esoknya saya sambung lagi buat lebihan ni..tapi ngapp sambil buat macam mana tu XD

Semoga resepi ini bermanfaat buat kiter2 newbie :D
 

Wednesday, December 6, 2023

Resepi Ondeh-Ondeh Labu Kuning

Resepi ni sangat senang, newbie macam saya pun boleh buat. Bahan-bahan pun senang di dapati. Untuk resepi saya ni untuk hidangan seorang/dua orang since dalam rumah hanya berdua dengan husband.

Bahan-bahan:

1) Tepung pulut (glutinous rice flour in english, jangan keliru dengan tepung beras tau XD) - 2 cawan
2) Labu kuning - 5 potong
3) Gula melaka/gula merah - secukupnya
4) Kerisik + brown sugar (boleh jee kelapa parut tapi tiada stok di rumah) - secukupnya

Cara membuat:

1) Rebuskan labu kuning sehingga masak.

2) Lenyekkan labu kuning.

Lenyek guna sudu je sebab masih panas XD

3) Tambahkan tepung pulut pada labu kuning tadi dan uli sehingga menjadi doh. Maksudnya bila kita buat bebola tu dia tidak lembik. Kalau masih lembik, tambahkan sedikit demi sedikit tepung pulut lagi. Tidak perlu tambahkan air yaa sebab labu kuning dah ada air sikit pun.

Jadi lah macam ni masa menguli tu, warna akan kekuningan. Abaikan background sangat comot yaa XD

4) Seterusnya bila dah boleh buat bebola, kita buat macam di bawah tu dan buat lubang di tengah-tengah untuk letak inti gula merah. Dan tutupkan jadi bebola. Sorry tiada ambil gambar lah pula.


5) Bila sudah selesai membuat bebola ondeh-ondeh, kita isikan air dalam periuk dan panaskan. Bila air sudah mendidihkan kita masukkan bebola ondeh-ondeh. Cara untuk mengetahui bebola tersebut sudah masak adalah bila dia terapung di atas air maknanya sudah masak lah tu. Sediakan kerisik + brown sugar dan bila angkat bebola ondeh-ondeh terus letak dalam kerisik, terus gaul-gaulkan. Kalau letak dalam bekas lain sebelum gaulkan, ia akan melekat tau. Jadi kena terus letak atas kerisik.

Ni lah kerisik + brown sugar 

Sebelum di gaulkan. Ni pun sudah ada yang melekat sikit yaa

6) Kemudian boleh dihidangkan untuk kudapan petang-petang atau minum pagi. Mudah dan cepat kan!


 

Newbie pun boleh sangat buat.

Semoga resepi ni bermanfaat XD