Wednesday, December 20, 2023

Resepi Batang Buruk Nestum

Resepi ni sangat mudah, cumanya ambil masa sikit di bahagian menggulung kulit popia. So here we go!


Bahan-bahan:

1) Kulit popia - husband beli saiz besar jadi belah empat (4)
2) Putih telur - 1 biji
3) Susu Nespray - secukupnya (bergantung kepada kuantiti batang buruk)
4) Nestum - secukupnya (bergantung kepada kuantiti batang buruk)


Cara membuat:

1) Kulit popia di belah kepada empat (4) bahagian. Kemudian pisahkan sehelai demi sehelai kulit popia.

Kena ada gunting sayur dan chopstick untuk kegunaan menggulung dan menggunting kulit popia


2) Kemudian gulungkan helaian kulit popia secukupnya. Caranya senang sahaja, cuma guna chopstick dan gam dengan putih telur.



Cara menggulung yerr..senang amat


3) Setelah siap digulung, guntingkan kulit popia secara menyerong lebih kurang 3 cm. 

Dah siap digunting


Ni selepas di gulung yaa


Ni juga dah siap digunting


4) Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukupnya, tunggu sehingga panas dan mula la menggoreng kulit popia yang telah digulung tadi. Setelah siap menggoreng, toskan dahulu.

5) Sementara menunggu boleh lah sediakan bahan penggaul pula iaitu susu + nestum. Sediakan secukupnya sahaja laa kemudian gabungkan dalam blender dan blen sampai hancur.

6) Kemudian boleh lah tuangkan pada batang buruk goreng, gaul-gaulkan dan boleh lah masukkan dalam bekas.
Ni lah dia kejadiannya. siap!


Sebungkus kulit popia tu boleh buat dua balang medium dan satu balang small yaa tapinya saya tidak siap sekaligus. Esoknya saya sambung lagi buat lebihan ni..tapi ngapp sambil buat macam mana tu XD

Semoga resepi ini bermanfaat buat kiter2 newbie :D
 

No comments:

Post a Comment