Monday, February 19, 2024

Asid Folik

Ada yang sedang berusaha mendapatkan zuriat? Makin moden dunia, makin ramai yang susah untuk mendapatkan zuriat termasuklah diri sendiri. Selain ikhtiar melalui pemeriksaan di hospital, berurut secara kampung now makan supplemen lah pula iaitu asid folik. 

Dengar sendiri dari pengalaman kawan sudah berumur 35 tahun baru berkahwin, tiga bulan sebelum kahwin sudah makan asid folik sebab memang inginkan cahaya mata cepat. Dalam tempoh tiga bulan selepas kahwin terus mengandung. Ada juga kawan kahwin umur 36 tahun, juga ikhtiar mengambil asid folik juga berjaya mengandung. Oleh itu besar lah juga harapan kan mencuba, yang penting kita ikhtiar selebihnya biar lah Tuhan yang tentukan.

Kalau bukan duduk kawasan bandar agak susah juga mendapatkan supplemen ni, cari di Watson Guardian pun tidak jumpa. Akhirnya bulan September tahun lalu masa pergi training, jumpa juga di Watson Centre Point jadi beli lahh yang cukup untuk 90 hari. Dah habis tapi sudah pindah, akhirnya beli online sahaja dari farmasi. Kan senang. Habis 3 bulan hari tu sendiri, beli online terus beli 2 kotak untuk husband juga. Semoga dan semoga laa.

Kebaikan asid folik ni kepada wanita semestinya dalam kesuburan, dan membantu dalam perkembangan saraf tunjang, otak dan tengkorak janin sekiranya sudah mengandung. Tu lah sebabnya awal-awal mengandung, klinik akan bagi asid folik ni suruh ibu-ibu consume. Selain itu penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit dll. Kita pun baca di google sahaja yaa, bukannya pakar.

Kebaikkan untuk lelaki pula adalah dari segi kesuburan iaitu meningkatkan kualiti sperma, mengurangkan risiko penyakit jantung, membantu pertumbuhan rambut dan cegah diabetes. Oleh sebab itulah, paksa juga husband consume walaupun dia bab supplemen memang susah mau makan. Now dia kuat makan nasi dan makin sihat XD



Kawan suggest beli supplemen dari Appeton ni, dulu dia consume yang ini pun. Now umur 37 tahun sedang pregnant anak ke-2.

Semoga dan semoga~