Tuesday, January 16, 2024

Resepi Popia Cheese

Ini adalah resepi paling senang, yang newbie pun boleh buat di rumah. Mau kena merajinkan diri sahaja..entah mana entah saya dapat resepi ni, mungkin dari Facebook. Baru juga berkesempatan membuatnya sendiri.


Bahan-bahan:

1) Kulit popia 1 paket 

2) Serbuk cheese - secukupnya (saya guna semangkuk)

3) Serbuk cili - 1 sudu kecil (kalau suka pedas boleh tambah sendiri)

4) Gula - 2 sudu (kalau suka manis boleh tambah sendiri)

5) Garam - secubit dah cukup


Cara membuatnya:

Gunting kulit popia mengikut kekreatifan sendiri. Kalau mau besar boleh, kecik juga boleh. Kemudian jemurkan sekejap.


Hasil kekreatifan sendiri XD


Kemudian, gorengkan sehingga kekuningan.


Ni lah hasilnya selepas digoreng


Kemudian, masukkan dalam blender serbuk cheese, serbuk cili, gula dan garam, dan boleh lah kisar.


Ni lah dia selepas dikisar, memang nampak cheese sahaja tapi rasa yang lain pun ada juga


Kemudian gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi.


Plastik tu sebab tidak mau pakai bare hand XD


And...tada dah siap!


Ni la dia hasil akhirnya! Boleh terus makan


Senangkan! Suri-suri rumah boleh lah buat di rumah petang-petang untuk kudap-kudapan di hujung minggu. Semoga resepi ini bermanfaat!

No comments:

Post a Comment