Sudah mencuba senaman scissors dan elbow to knee tu dalam tempoh sebulan. Kalau hendak di katakan perut buncit itu sudah hilang memang belum lagi lah, masih dalam proses. Cuma yang bestnya mau kongsikan di sini adalah tiada sakit senggugut semasa datang haid dan tempoh masa datang haid teratur. Kalau selalunya sampai tergolek terguling terbaring masa period disebabkan sakit senggugut, syukur kali ini okay. Lega betul!
Kalau ada wanita di luar sana yang mengalami masalah yang sama boleh cuba senaman ini. Mana tahu kan! Sebenarnya nampak di Tiktok video orang senaman yang tidak perlu berlari tapi tidak sempat join live pagi jadi terpaksa google sendiri, jumpa lah cara senaman ini.
Dan...hanya buat yang dua tu sebab paling senang. Buat setakat yang mampu setiap hari, jangan berlebihan kepada tubuh badan sendiri. Mau inform awal, masa awal-awal senaman tu memang akan sakit peha dan perut.
No comments:
Post a Comment