How to describe the feeling when you not consume a coffee in a day? Mungkin ini lah yang dikatakan ketagihan kafein kan!
Saya peminat kopi hitam tapi apapun kenyataanya ia tetap juga mengandungi kafein. Ianya bermula di tahun 2015 bila saya mula bekerja, saya memang suka hidu bau kopi dari zaman belajar tapi tidak memulakan minum kopi atas sebab tertentu. Tapi tahun 2015 start kerja, biasanya pergi buat inspection perumahan orang akan selalu hidang minuman kopi hitam. Sampai tahap minum bergelas-gelas dalam sehari sehingga lah kini.
Sekarang tahun 2025, beberapa minggu yang lalu saya cuba berhenti meminum kopi. Dengan cara tidak membeli stok kopi di rumah. Hanya minum satu gelas sehari and no more. Dan beberapa minggu ini juga selepas balik dari kerja terus rasa lemas, jam 8 malam sudah mengantuk tapi menahan diri untuk tidak tidur terlalu awal. Sehingga hari ini masih meneruskan misi untuk mengurangkan minum kopi.
Rasa empty pada awalnya, balik rumah memandang bekas kopi XD terus muhasabah diri lagi.
Adakah yang sama situasi dengan saya?
Semoga berjaya mengurangkan pengambilan kafein!