Monday, February 19, 2024

Asid Folik

Ada yang sedang berusaha mendapatkan zuriat? Makin moden dunia, makin ramai yang susah untuk mendapatkan zuriat termasuklah diri sendiri. Selain ikhtiar melalui pemeriksaan di hospital, berurut secara kampung now makan supplemen lah pula iaitu asid folik. 

Dengar sendiri dari pengalaman kawan sudah berumur 35 tahun baru berkahwin, tiga bulan sebelum kahwin sudah makan asid folik sebab memang inginkan cahaya mata cepat. Dalam tempoh tiga bulan selepas kahwin terus mengandung. Ada juga kawan kahwin umur 36 tahun, juga ikhtiar mengambil asid folik juga berjaya mengandung. Oleh itu besar lah juga harapan kan mencuba, yang penting kita ikhtiar selebihnya biar lah Tuhan yang tentukan.

Kalau bukan duduk kawasan bandar agak susah juga mendapatkan supplemen ni, cari di Watson Guardian pun tidak jumpa. Akhirnya bulan September tahun lalu masa pergi training, jumpa juga di Watson Centre Point jadi beli lahh yang cukup untuk 90 hari. Dah habis tapi sudah pindah, akhirnya beli online sahaja dari farmasi. Kan senang. Habis 3 bulan hari tu sendiri, beli online terus beli 2 kotak untuk husband juga. Semoga dan semoga laa.

Kebaikan asid folik ni kepada wanita semestinya dalam kesuburan, dan membantu dalam perkembangan saraf tunjang, otak dan tengkorak janin sekiranya sudah mengandung. Tu lah sebabnya awal-awal mengandung, klinik akan bagi asid folik ni suruh ibu-ibu consume. Selain itu penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit dll. Kita pun baca di google sahaja yaa, bukannya pakar.

Kebaikkan untuk lelaki pula adalah dari segi kesuburan iaitu meningkatkan kualiti sperma, mengurangkan risiko penyakit jantung, membantu pertumbuhan rambut dan cegah diabetes. Oleh sebab itulah, paksa juga husband consume walaupun dia bab supplemen memang susah mau makan. Now dia kuat makan nasi dan makin sihat XD



Kawan suggest beli supplemen dari Appeton ni, dulu dia consume yang ini pun. Now umur 37 tahun sedang pregnant anak ke-2.

Semoga dan semoga~

Wednesday, January 17, 2024

Resepi Bubur Kacang Hijau

Kita kembali lagi dalam resepi newbie simple mudah! Yes, yang simple sahaja XD yang susah-susah tidak mampu den. Kali ni resepi bubur kacang hijau yang melebih-lebih perisanya XD


Bahan-bahan:

1) Kacang hijau - semangkuk kecil
2) Sagu - 5 sudu makan
3) Makaroni - secukupnya
4) Susu cair - 1/2 tin
5) Daun pandan - sehelai
6) Gula - secukupnya
7) Bebola tepung pulut - optional (saya saja tambah sebab mau habiskan stok tepung pulut)



 Tiada ambil gambar masa membuat yaa, hanya mampu tunjukkan gambar dalam mangkuk siap di makan XD

Cara membuatnya:

1) Rendam kacang hijau lebih kurang sejam sebelum mula memasak lah. Sebab kalau tidak rendam, dia ambil masa untuk masak.

2) Selepas sejam, mulakan dengan mengisi air dalam kuali dulu kemudian masukkan sagu. Gaul-gaulkan ia sehingga sagu masak.

3) Kemudian baru lah masukkan kacang hijau, daun pandan dengan makaroni. Kecilkan api, gaul-gaulkan sehingga masak.

4) Kemudian masukkan pula susu cair dan gula secukupnya. Dah ok semua maksudnya dari segi rasa manis dan semua sudah masak, masukkan bebola tepung pulut. Dia tidak sampai berapa minit akan timbul maknanya dah masak.

5) Done! Bolehlah hidangkan.


See? Senang kan! Semoga bermanfaat.

Tuesday, January 16, 2024

Resepi Popia Cheese

Ini adalah resepi paling senang, yang newbie pun boleh buat di rumah. Mau kena merajinkan diri sahaja..entah mana entah saya dapat resepi ni, mungkin dari Facebook. Baru juga berkesempatan membuatnya sendiri.


Bahan-bahan:

1) Kulit popia 1 paket 

2) Serbuk cheese - secukupnya (saya guna semangkuk)

3) Serbuk cili - 1 sudu kecil (kalau suka pedas boleh tambah sendiri)

4) Gula - 2 sudu (kalau suka manis boleh tambah sendiri)

5) Garam - secubit dah cukup


Cara membuatnya:

Gunting kulit popia mengikut kekreatifan sendiri. Kalau mau besar boleh, kecik juga boleh. Kemudian jemurkan sekejap.


Hasil kekreatifan sendiri XD


Kemudian, gorengkan sehingga kekuningan.


Ni lah hasilnya selepas digoreng


Kemudian, masukkan dalam blender serbuk cheese, serbuk cili, gula dan garam, dan boleh lah kisar.


Ni lah dia selepas dikisar, memang nampak cheese sahaja tapi rasa yang lain pun ada juga


Kemudian gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi.


Plastik tu sebab tidak mau pakai bare hand XD


And...tada dah siap!


Ni la dia hasil akhirnya! Boleh terus makan


Senangkan! Suri-suri rumah boleh lah buat di rumah petang-petang untuk kudap-kudapan di hujung minggu. Semoga resepi ini bermanfaat!

Friday, January 5, 2024

Senaman Kempiskan Perut Buncit

Sumber google


Sudah mencuba senaman scissors dan elbow to knee tu dalam tempoh sebulan. Kalau hendak di katakan perut buncit itu sudah hilang memang belum lagi lah, masih dalam proses. Cuma yang bestnya mau kongsikan di sini adalah tiada sakit senggugut semasa datang haid dan tempoh masa datang haid teratur. Kalau selalunya sampai tergolek terguling terbaring masa period disebabkan sakit senggugut, syukur kali ini okay. Lega betul! 

Kalau ada wanita di luar sana yang mengalami masalah yang sama boleh cuba senaman ini. Mana tahu kan! Sebenarnya nampak di Tiktok video orang senaman yang tidak perlu berlari tapi tidak sempat join live pagi jadi terpaksa google sendiri, jumpa lah cara senaman ini.

Dan...hanya buat yang dua tu sebab paling senang. Buat setakat yang mampu setiap hari, jangan berlebihan kepada tubuh badan sendiri. Mau inform awal, masa awal-awal senaman tu memang akan sakit peha dan perut.